Mangsa Video! 5 Persamaan Kes Fathia Latiff & Nasha Aziz


Selain Fathia Latif yang tengah panas dengan isu dia memperlihatkan memakai pakaian seksi dalam video, ada ramai lagi artis tempatan terpalit dengan kontroversi yang sama. Antaranya pelakon dan model popular yang mendapat julukkan primadona Malaysia, Nasha Aziz. Apakah persamaan dua kes selebriti ini dalam dunia hiburan? Jom lihat 5 persamaan berdasarkan pemerhatian dibuat oleh Hangat.com.

Kepelbagaian Produk Taobao & Lebih Lagi
Sponsored by Lazada

1.Rakaman Video

Kes kedua-dua selebriti ini tercetus disebabkan rakaman dari camera dan video tersebar. Video Nasha Aziz yang dipercayai dirakam menggunakan CCTV di dalam rumahnya. Manakala Fathia pula, dirinya terakam menerusi video live Bigo.

2.Tidak Sedar

Rumah Nashah Aziz dikatakan diceroboh dan dipasang kamera litar tertutup di pangsapuri yang disewa. Nasha sendiri tidak tahu menahu mengenai video tersebut akan tersebar. Sebuah kamera video telah disembunyikan di dalam air cond di ruang tamu rumah Nasha Aziz. Khabarnya, segala perilaku Nasha telah diperhatikan oleh si anak tuan punya umah ni lebih dari 6 bulan.

Fatiha juga tidak sedar dirinya dirakamkan menerusi video Bigo Live. Dalam pada itu menerusi laporan New Straits Times, Fathia memberitahu sesi menari tersebut hanya di antara dia dan beberapa orang rakan wanitanya ketika menyewa sebuah villa. Menurut Fathia lagi, dia berasa malu dengan apa yang terjadi. Malah dia tidak menyedari video mereka dirakam menerusi aplikasi Bigo Live juga boleh diakses oleh orang ramai.

3.Malu Kerana Terlihat Tidak Memakai Baju

Kedua-dua selebriti ini tidak patut disalahkan oleh netizen. Kedua-dua mereka menjalani kehidupan seperti orang lain-lain juga. Kalau dah duduk dalam rumah, mestilah pakai apa sahaja yang mereka suka. Tak kisah lah nak berkemban atau pun tidak berbaju.

Seperti Nasha, dia sendiri terlihat tidak memakai baju ketika di dalam rumah. Lepas sahaja keluar isu tentang Nasha Aziz bogel ni, ramai ke Kedai VCD beli CD skodeng Nasha ni.

Fathia berasa malu dengan videonya yang tampil separuh bogel dalam video tersebut. Malah dia tidak menyedari video mereka dirakam menerusi aplikasi Bigo Live juga boleh diakses oleh orang ramai.

4.Kes Tercetus disebabkan Pihak Ke-3

Ahmad Bakhtiar adalah dalang menyebarkan video bogel Nasha. Menurut salah satu bacaan yang dibuat oleh Hangat.com, suspek bersalah terhadap dua pertuduhan menceroboh masuk ke dalam apartmen Nasha di Shahzan Court di Jalan Nipah off Jalan Ampang dan menceroboh hak peribadinya dengan memasang kamera litar tertutup antara April dan Julai pada 2002.

Rakan Fathia, Natasha Elyzza yang merakamkan siaran Bigo Live sehingga terlihat Fatiha berpakaian seksi menjadi viral. Dia juga meminta supaya penontonnya membuat laporan mengenai video viral tersebut yang tersebar di Facebook, termasuk memadam dan berhenti berkong video tersebut. Dalam rakaman itu, Natasha mendakwa dipersalahkan oleh semua orang termasuk wartawan.

5.Netizen Tak Henti Kecam

Kedua-dua kes selebriti ini nampaknya menjadi perhatian oleh netizen. Lebih ramai yang cuba mensensasikan isu-isu sebegini berbanding dengan isu yang lebih penting di negara kita.  Kekadang kesian dengan mentaliti sesetengah peminat dunia hiburan di Malaysia ni.

Bila ada isu negatif menghimpit selebriti, mula lah netizen kecam. Tuduh mereka ini adalah wanita yang tidak baik. Bila mereka buat silap. Lupa dah semua pencapaian baik mereka, berbakul-bakul cacian diterima dan habis diungkit sejarah silam, cerita lama.

Apa-apa pun hentikan pelbagai spekulasi dan komen yang tidak membina. Hangat.com memohon peminat beri sokongan moral kepada mereka yang menjadi mangsa bukannya kecaman.

sumber



Sumber

0 Response to "Mangsa Video! 5 Persamaan Kes Fathia Latiff & Nasha Aziz"

Posting Komentar