5 Lokasi Strategik Tempat Makan Mesra Kanak-Kanak Sekitar Selangor.Ibu Ayah Boleh Makan Dengan Tenang! – Mama



“Dah lama tak makan luar. Rasa nak makan steaks atau pasta je. Tetapi bimbang anak-anak cepat bosan, kemudian mengamuk. Mesti makan tak tenang! Tentu bila anak dah merengek nak balik, tak dapat menikmati makanan. Tentu ada kafe atau restoran yang menyediakan mini kawasan permainan untuk anak-anak melakukan aktiviti. Jika ada barulah dapat makan dengan aman!”


Memang tidak dinafikan cabaran bila ada anak yang sedang lasak. Bila suami ajak makan luar, kena fikir dua tiga kali. Jika air tak tumpah, anak merengek atau mengamuk anak balik. Hidangan nak siap memang ambil masa. Penyelesaiannya carilah restoran ‘mesra kanak-kanak’.


Buat papa mama yang tinggal sekitar Selangor, 5 lokasi tempat makan ini mungkin pilihan terbaik buat anda. Bukan hanya menyediakan ruang permainan untuk kanak-kanak atau ‘play area’ malah menu juga dikatakan menepati selera.


 


1.Kopimeo, Seksyen 9 Shah Alam


http://ift.tt/2xwr6U4


Mencari kafe yang santai? Jom singgah ke kafe hipster ini dengan memperlihatkan gitar-gitar tergantung di dinding kafe. Bersesuaian dengan konsepnya, ruang yang terhad tetap menjamin keselesaan. Sambil menjamu selera seperti pasta atau kek, ibu bapa tidak perlu risau anak-anak bermain di sudut permainan yang disediakan. Menu istimewa untuk anak-anak pula antaranya hot dog dan churros.


Waktu Operasi: 12 tengah hari – 10 malam | Tutup pada hari Jumaat


 


2.Gula Cakery – Kota Kemuning Selangor


http://ift.tt/2xwkaXm


Keistimewaan kafe ini ialah mempunyai kelas belajar memasak untuk anak berusia tiga tahun ke atas. Dekorasi yang ceria dan ruang yang luas membuatkan anak-anak selesa mengikuti kelas. Sambil anak mengikuti kelas, ibu bapa boleh menjamu selera dengan pelbagai hidangan lazat yang disediakan di kafe ini.


Waktu Operasi: 10 pagi hingga 10 malam setiap hari kecuali Isnin.


 


3.Rimba & Rusa, Kota Damansara


http://ift.tt/2xw0OBC


Dekorasi restoran ini memang menambat hati. Selain suasana yang selesa untuk menjamu hidangan dengan menu yang menyelerakan, si cilik boleh bermain dengan riang di tingkat atas. Antara menu yang disediakan termasuk hidangan tempatan, barat termasuk smoothie, salad dan pasta.  


Waktu Operasi: 8 pagi-11 malam (Selasa – Ahad) | 4 petang – 11 malam (Jumaat) | Tutup pada hari Isnin


 


4. Blokke Cafe – Citta Mall


http://ift.tt/2xwesEw


Kafe ini berkonsepkan lego.  Sebaik sahaja masuk dalam kafe ini ada ruang untuk anak-anak bermain lego. Antara makanan yang disediakan termasuk lasagna, nasi lemak, kek, brownies dan crepe. Minuman pula seperti milkshare, teh dan kopi serta aiskrim. Kafe berkonsep santai ini sesuai untuk  geng ibu-ibu buat perjumpaan. Sambil anak main lego, geng mak-mak boleh santai-santai. Dalam pada itu, terdapat tiga zon yang oleh anak melakukan aktiviti iaitu Builders’ Zone, Car Race Zone, Soft Brick Zone, dan Duplo Play Zone.  Selain itu kafe ini menganjurkan workshop untuk anak-anak waktu cuti sekolah dan meraikan sambutan hari jadi.


 


5.Sköhns Canteen, Damansara Perdana


http://ift.tt/2xwi5ue


Kafe ini terkenal dengan makanan steaks yang lazat. Ibu bapa yang ingin menjamu selera boleh membawa anak. Biarkan anak leka bermain di kawasan permainan. Lebih istimewa kafe ini menyediakan ruang meletakkan mainan dan pakaian yang tidak digunakan rak Free Market. Malah melalui program Suspended Meals anda juga boleh menderma melalui sebarang bayaran makanan di sini.


Waktu Operasi: 11 pagi – 10.30 malam


 


 


 




 



Source link

0 Response to "5 Lokasi Strategik Tempat Makan Mesra Kanak-Kanak Sekitar Selangor.Ibu Ayah Boleh Makan Dengan Tenang! – Mama"

Posting Komentar