Bakal Ibu,Jom Siap Sedia Untuk Hamil! Ini Ada Tips Pemakanan Supaya Bayi Dan Ibu Sihat Dan Selamat – Pemakanan



Sudah tentu anda ingin mempunyai cahayamaa selepas berkahwin. Ikuti senarai semak keperluan pemakanan yang membantu anda memastikan si kecil dalam kandungan sihat dan anda juga yang bakal bergelar ibu! Jom ketahui butiran ini buat anda sebelum  dan apabila hamil.


Sebelum anda hamil


Sebagai wanita, anda pastinya mengambil apa jua jenis makanan yang menjadi idaman anda. Namun anda perlu berubah jika anda ingin hamil. Ubah cara pemakanan anda dengan mengurangkan pengambilan makanan yang mengandungi lemak dan tingkatkan pengambilan sayur-sayuran dalam hidangan anda.


Ini kerana, jika anda merancang mendapat bayi terdapat beberapa perancangan dan perhatian diet yang anda perlu lakukan. Anda perlu memastikan badan anda sudah bersedia  untuk menghamilkan bayi. Ini bermakna dalam pemakanan anda perlu ada  perlu ada vitamin, mineral dan nutrien dan persiapan awal bermula setelah anda  mengambil keputusan untuk hamil.


Asid folik


Nutrien ini adalah perkara pertama yang anda mesti ambil apabila mengambil keputusan untuk hamil. Kenapa?  Ia adalah keperluan untuk perkembangan sistem saraf. dan sel darah merah semasa hamil. Apabila kurang pengambilan, kajian mendapati wujud masalah yang dikenali sebagai neural tube defects iaitu kecacatan yang berlaku pada saluran saraf bayi yang menyebabkan kecacatan otak dan saraf tunjang (spina bifida). Malah ia boleh mengganggu pembentukan otak yang boleh menyebabkan kecacatan pada susunan saraf atau otak bayi. Malah digalakkan mengambil tiga bulan sebelum hamil. Buah oren, sayur bayam, asparagus dan jagung mempunyai kandungan asid folik tinggi yang berguna mengelakkan kecacatan pada pertumbuhan awal bayi dalam kandungan. Sukar untuk mendapat secukupnya asid folik dalam pemakanan, anda boleh mengambil suplemen asid folik.


Zink


Menurut kajian, zink sangat memainkan peranan dalam membentuk kekuatan janin bagi ibu hamil. Zink berperanan dalam proses kematangan sel serta dalam pertumbuhan awal kehidupan janin serta perkembangan saraf dan kecerdasan mereka pada masa akan datang. Zink dapat diperoleh daripada daging, ikan, kerang,susu, produk gandum serta kekacang.


Vitamin C


Demi bayi yang bakal hamil sihat, kesihatan anda perlu tip top! Vitamin C membantu menguatkan sistem imun  anda. Dengan keadaan cuaca sekarang ini, anda mungkin mudah mendapat  batuk atau selesema. Makanan yang tinggi vitamin C ialah buah kiwi, brokoli dan strawberi. Amalkan memakan sumber ini setiap hari, seminggu sekali pastinya tidak mencukupi!


NOTA:Wanita yang bercadang hamil perlu sekurang-kurangnya mengambil asid folik tiga bulan sebelum.


Apabila anda hamil


Asid folik


Anda harus  terus mengambil asid folik sekurang-kurangnya untuk 12 minggu pertama semasa kehamilan untuk pembentukan saraf tunjang  bayi . Namun tidak memudaratkan jika pengambilannya diteruskan, namun juga dapatkan nasihat doktor mengenai kesihatan kandungan anda. Ia juga membantu menghasilkan DNA dan perkembangan dan pembahagian sel semasa hamil .


Kalsium


Kalsium bersama vitamin D dan magnesium  adalah untuk perkembangan dan pertumbuhan tulang bayi anda. Makanan yang kaya kalsium ialah yogurt, keju dan salmon. Vitamin D membantu  badan anda menyerap kalsium, dan boleh didapati pada minyak ikan dan  produk tenusu. Idea mengambil suplemen yang mengandungi vitamin D boleh diguna pakai!


Zat besi


Apabila anda bercadang untuk hamil, 10 hingga 15 peratus anda berpotensi menghadapi  masalah anemia iaitu kekurangan zat besi. Ketika ini , baru anda sedar bahawa ia penting dalam diet anda. Anda perlu zat besi semasa hamil kerana perkembangan fetus dan plasenta  adalah bergantung pada anda. Jadi tingkatkan zat besi dalam diet anda atau anda akan berasa penat jika ia berkurangan. Kebiasaan wanita hamil akan mengambil suplemen zat besi terutama trimester terakhir tetapi  jangan lupa hidangan anda mesti ada daging, sayur-sayuran dan buah kering.


Iodin


Iodin penting bagi wanita hamil untuk mengelakkan bayi dalam kandungan mengalami masalah. Ia  perlu untuk perkembangan otak dan sistem saraf bayi yang normal terutamanya ketika masih dalam kandungan. Makanan yang mengandungi iodin ialah seperti makanan laut, susu dan produk tenusu. Bagi wanita hamil yang ‘vegetarian’, pengambilan susu yang secukupnya penting bagi memastikan kuantiti iodin yang mereka dapat menampung keperluan harian.


Zink


Teruskan mengambil makanan  yang mengandungi nutrien zink untuk penghasilan DNA bayi anda. Cuma elak makan kerang  terutama kerang mentah terdedah kepada bakteria yang boleh menjejaskan kesihatan anda.


Vitamin C


Amat penting sekali anda sistem imun anda berada di tahap yang sangat baik apabila anda sudah hamil. Ia perlu kerana memastikan bayi dalam kandungan anda sihat. Jadikan teruskan mengambil vitamin C dalam pemakanan anda.


Omega 3DHA


DHA sangat penting untuk perkembangan otak bayi. Jika nak dibandingkan dengan komponen badan yang lain, otak dan sistem saraf merupakan bahagian yang paling tinggi kandungan DHA. Malah pengambilan omega-3 yang tinggi semasa hamil juga boleh mengurangkan risiko bayi menghadapi alergi kepada makanan selepas kelahiran nanti. Ini kerana omega-3 turut berfungsi sebagai ‘melawan keradangan’. Ikan tuna, salmon, sardin dan ikan bilis. Anda juga boleh mengambil suplemen DHA.


NOTA:Kajian juga ada menunjukkan ibu hamil yang mengamalkan pemakanan Omega 3 dapat mengurangkan risiko alahan kepada bayi anda.


 




 



Source link

0 Response to "Bakal Ibu,Jom Siap Sedia Untuk Hamil! Ini Ada Tips Pemakanan Supaya Bayi Dan Ibu Sihat Dan Selamat – Pemakanan"

Posting Komentar