*gambar hiasan
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menubuhkan satu Lembaga Siasatan bagi meneliti prosedur operasi standard (SOP) susulan dua anggotanya meninggal dunia ketika menjalani latihan fizikal, Jumaat.
TLDM dalam satu kenyataan hari ini berkata punca sebenar kematian itu masih dalam siasatan polis dan pihaknya akan memberi kerjasama sepenuhnya bagi mencari punca sebenar kejadian.
“Lembaga Siasatan ini akan meneliti SOP sedia ada dan sekiranya terdapat pelanggaran terhadap SOP tersebut, TLDM tidak akan berkompromi atau melindungi individu yang melanggari prosedur semasa melaksanakan tugas,” kata kenyataan itu.
Pada Jumaat, dua anggota TLDM LK I PNK Mohd Baihaqy Nik Mat, 28, dan LK I TLS Muhammad Lailatulman Mohd Sukri, 26, meninggal dunia di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan, Perak ketika menjalani latihan fizikal di kem berkenaan.
Kenyataan itu berkata ketika menjalani latihan tersebut, anggota berkenaan mengadu kepenatan dan direhatkan sebelum mengalami muntah dan sesak nafas.
“Mereka telah diberikan rawatan awal oleh petugas pusat tahanan dan panggilan kecemasan telah dibuat. Kedua-dua anggota telah disahkan meninggal dunia oleh petugas paramedik yang tiba pada 3.15 petang.
The star via http://ift.tt/2fFooZO
KENYATAAN TLDM yang di laman Twitter iaitu Royal Malaysian Navy @tldm_rasmi
Kalidevi Mogan Kumarappa
Kalidevi@hmetro.com.myDUA anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) meninggal dunia di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan pada jam 3. 15 petang, semalam.
Dalam kenyataan media TLDM, hari ini, dua anggota terbabit adalah Mohd Baihaqy Nik Mat, 28, dan Muhammad Lailatulman Mohd Sukri, 26.
Berdasarkan kenyataan itu, kedua-dua mereka menjalani latihan fizikal mengikut prosedur.
Jurucakapnya berkata, ketika latihan, mereka mengadu kepenatan sebelum direhatkan dan seterusnya dimasukkan semula ke dalam bilik tahanan.
“Kedua-dua anggota itu kemudiannya muntah dan sesak nafas. Mereka kemudian diberikan rawatan awal oleh petugas pusat tahanan.
“Bagaimanapun, disahkan meninggal dunia oleh petugas paramedik pada 3. 15 petang, ” kata kenyataan itu.
Menurutnya, hasil pemeriksaan awal doktor ke atas kedua-dua anggota itu tidak menemui sebarang kesan penderaan fizikal.
“Bagaimanapun, kita tidak boleh menolak sebarang kemungkinan sebab sebenar kematian itu.
“Punca sebenar kematian masih dalam siasatan polis. TLDM akan memberi kerjasama penuh dalam siasatan.
“Selain itu, TLDM juga menubuhkan Lembaga Siasatan untuk meneliti prosedur kerja yang sedia ada, ” katanya.
TLDM Sahkn Kematian 2 Anggota; tidak akan berkompromi atau melindungi mereka yg langgar prosedur semasa bertugas@MINDEFMalaysia@MarkasATMhttp://pic.twitter.com/oTassDriN8
— Royal Malaysian Navy (@tldm_rasmi) September 30, 2017
sumber:http://ift.tt/2xEXl80
0 Response to "GEMPAR… 2 ANGGOTA TLDM MAUT KETIKA LATIHAN MUNGKINKAH ADA UNSUR2.."
Posting Komentar