Penulis Turki Mustafa Akyol ditahan di KLIA, kata IRF


Pengarah IRF Farouk Musa berkata pihaknya gagal menghubungi wartawan terkemuka itu.

farokmusa-mustafa1KUALA LUMPUR: Wartawan terkemuka Mustafa Akyol dipercayai ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) beberapa jam selepas pihak berkuasa Islam negara ini menekan penganjur sebuah forum membatalkan acara di saat-saat akhir.

Mustafa ke lapangan terbang untuk menaiki pesawat ke Rom melalui Istanbul menaiki penerbangan Turkish Airlines pada 11.35 malam ini.

Badan Islamic Renaissance Front (IRF), yang menjadi tuan rumah kepada penulis asal Turki itu dalam siri ucapan yang berakhir tiba-tiba petang tadi susulan pembatalan forum di Universiti Nottingham Kuala Lumpur, memberitahu mereka cuba menghubungi Mustafa di lapangan terbang.

Pengarah IRF Datuk Ahmad Farouk Musa bimbang Mustafa ditahan di gerbang imigresen dan di bawa pergi.

“Saya tidak dapat menghubungi beliau selepas diberitahu dirinya ditahan di imigresen” katanya kepada FMT. “Saya rasa beliau sudah dibawa pergi.”

Farouk berkata mereka juga tidak berjaya menghubungi imigresen KLIA.

“Saya tidak dapat

hubungi imigresen. Mereka tidak jawab panggilan.”

FMT juga berusaha menghubungi imigresen di lapangan terbang serta pihak berkuasa lapangan terbang namun tidak berjaya.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) baru-baru ini memanggil Mustafa untuk disiasat di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) kerana kesalahan mengajar tanpa tauliah daripada pihak berkuasa. Difahamkan pertemuan itu tidak berlaku.

Jawi juga memanggil Farouk kerana “bersubahat” dengan Mustafa, dibawah akta yang sama. Farouk akan menghadirkan diri ke pejabat Jawi Rabu ini.

Lawatan ini merupakan kunjungan ke-5 Mustafa ke Malaysia.

Penulis itu merupakan pengkritik Presiden Recep Tayyip Erdogan, dan dikenali kerana lantang mengkritik penyokong Islamisme dan sekularisme di negara asalnya.

Semalam, Mustafa di forum berbeza mengenai demokrasi mengkritik kerajaan yang menggunakan undang-undang drakonian untuk kekal berkuasa.

“Kamu tidak boleh berkuasa selama-lamanya dan apabila kamu tidak lagi memegang kuasa kamu akan sedar sistem tidak liberal yang kamu cipta itu akan menyusahkan kamu,” katanya.

Sebelum itu, beliau mempertikaikan penyokong pengawasan moral, mengatakan ia bukan sebahagian daripada syariah yang hanya mahu membanteras jenayah dan bukannya dosa peribadi.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber

Related Posts :

0 Response to "Penulis Turki Mustafa Akyol ditahan di KLIA, kata IRF"

Posting Komentar