Ruam lampin terjadi kerana lampin yang mengandungi air kencing dipakai terlalu lama dan terlalu ketat. Manakala, najis bayi pula, dibiarkan lama tanpa dicuci. Bahan pencuci yang digunakan untuk mencuci lampin turut memberi kesan infeksi.
Tanda-tanda terjadinya ruam lampin antaranya ialah kulit merah, sedikit kasar, berkerak di bahagian punggung, kemaluan, kelangkang dan paha. Jika dijangkiti kuman, ruang lampin akan kelihatan merah terang dan diselaputi ruam yang berkilat dan bertompok-tompok.
Namun untuk mengelak ia berlaku terdapat beberapa pencegahan yang perlu anda lakukan. Ia seperti berikut
7 Pencegahan
1.Pencegahan supaya bayi ‘selamat’ daripada ruam lampin bermula semasa menukarkan lampin, misalnya biarkan kulit bayi anda kering sepenuhnya sebelum memakainya.
2.Anda juga digalakkan kerap menukar lampin sebaik sahaja lampin basah. Elakkan juga menggunakan tisu basah yang mengandungi alkohol.
3.Sebaiknya bersihkan dengan air biasa atau air suam untuk mencuci punggung bayi setiap kali membuang air kecil atau besar.
4.Elakkan menggunakan tepung jagung yang akan menggalakkan pertumbuhan bakteria dan kulat.
5.Juga sapu krim pelindung setiap kali menukar lampin. Antara krim pelindung ini termasuklah campuran yang mengandungi zink oksida, jeli petroleum, minyak cod liner dan calamine.
6.Elakkan mencuci kawasan ruam dengan sabun terlalu kerap.
7.Untuk membersihkan lampin kain, bilas dengan teliti setiap kali dicuci.
Bahaya
Ia boleh beransur menjadi luka merah dan boleh mendapat jangkitan. Keadaan ini sangat gatal dan bayi akan lebih banyak menggaru dan merasa gelisah. Jika tidak dirawat segera ruam lampin boleh beransur menjadi luka merah dan mendapat jangkitan kulat atau kandida.
Rawatan
1.Apabila bayi telah terkena ruam lampin, langkah yang paling baik ialah elakkan memakaikan lampin kepada bayi. Ini kerana permukaan kulit yang rosak lebih sensitif kepada geseran.
2.Sebolehnya biarkan seketika bayi tanpa lampin dengan menutup bahagian kemaluan dan punggung dengan kain yang lembut dan longgar.
3.Bayi yang kerap mengalami ruam lampin perlu dirujuk kepada pakar kulit untuk memastikan ia bukan jenis penyakit kulit yang serius.
0 Response to "Sedih Tengok Bila Bayi Kena Ruam Lampin.Bila Kena Air,Menangis Sebab Pedih. Ada 7 Cara Nak Elak Anak Kena Ruam Lampin – Perkembangan"
Posting Komentar