5 Petua Mudah Hilangkan Selesema Anak Secara Semula Jadi. Hanya Guna Barang-Barang Di Dapur Sahaja – Penjagaan



Merengek, tak nak susu dan meragam. Itu antara simptom anak anda dijangkiti selesema. Bila kena selesema anak-anak kecil memang akan meragam. Sebenarnya hidung mereka tersumbat dan rasa tak selesa. Hanya menangis dan meragam sahaja yang mereka boleh lakukan untuk memberitahu ibu ayah keadaan tersebut. Kasihan kan?


Jangan biarkan ia berterusan. Selesema anak kena dirawat sebelum melarat lebih teruk. Anda boleh buat rawatan menggunakan bahan-bahan semula jadi yang ada di dapur anda. Selain mudah, ia selamat kerana tiada penggunaan bahan kimia.


1. Guna halia


Bersihkan dan potong seinci halia. Hidu baunya. Boleh letak di tepi katil anak anda semasa dia tidur.


2. Air beras


Amalkan minum secawan air didihan beras. Minum ketika suam. Amalkan sehingga selesema anak baik.


3. Madu asli


Makan madu asli. Gunakan 1 sudu kecil dan tambah air untuk cairkan sedikit. Hanya untuk bayi setahun ke atas.


4. Daun kaduk


Ramas daun kaduk dengan kapur sirih. Kemudian sapukan pada dada dan perut bayi. Kahak akan keluar bersama najis bayi.



5. Terapi wap


Sediakan sebaldi kecil air panas. Campurkan hirisan lemon dan halia. Hidu/sedut wap tersebut. Ia dapat membantu melonggarkan kahak dan melancarkan pernafasan.


Semoga petua ini bermanfaat melegakan masalah selesema si kecil dan dapatlah dia tidur lena.


Sumber: Facebook Terapi Selsema Bayi


http://ift.tt/2yiMbGL



Source link

0 Response to "5 Petua Mudah Hilangkan Selesema Anak Secara Semula Jadi. Hanya Guna Barang-Barang Di Dapur Sahaja – Penjagaan"

Posting Komentar