Adik Shafie Apdal ditahan SPRM


Hamid Apdal, yang tampil ke pejabat SRPM pada pagi hari ini untuk membantu siasatan ditangkap pada 9.30 malam tadi.

hamid-macc-3

KOTA KINABALU: Adik kepada Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Shafie Apdal, Hamid Apdal, ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam siasatan ke atas kes dana pembangunan luar bandar RM1.5 bilion di Sabah yang disyaki digelapkan.

Sumber memberitahu Hamid ditangkap di pejabat SPRM pada 9.30 malam tadi selepas seharian disiasat.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki mengesahkan tangkapan tetapi enggan mengulas lanjut.

FMt sebelum ini melaporkan rumah Hamid di Taman Bersatu, Putatan digeledah penguatkuasa SPRM sehingga 6.00 petang tadi, menurut sumber yang tahu mengenai siasatan itu.

Hamid, 52, tampil ke pejabat SPRM pagi tadi selepas dipanggil untuk dirakamkan keterangan. Beliau dijangka dibawa ke mahkamah esok untuk pendengaran permohonan tahanan reman.

Perkembangan terbaharu ini menjadi 7 orang ditangkap setakat ini. Minggu lepas, SPRM berkata mereka mahu bercakap dengan 32 orang dalam siasatan itu.

Enam orang kini ditahan reman untuk membantu siasatan.

Mereka ialah Naib Presiden Warisan Datuk Peter Anthony, Ketua Pemuda Warisan Datuk Azis Jamman, Ketua Pemuda Umno Tenom Jamawi Jaafar, Ketua Pemuda Umno Tawau Ariffin Kassim, seorang ahli perniagaan dan seorang bekas timbalan setiausaha menteri kemajuan luar bandar dan wilayah.

Sebelum ini dilaporkan 350 projek di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah membabitkan dana awam bernilai RM7.5 bilion sedang dipantau SPRM.

Projek berkaitan pembangunan prasarana air, elektrik dan jalan raya itu dilaksanakan dalam tempoh 2009 hingga 2015, dilaksanakan di Kota Kinabalu, Kudat, Kota Belud, Ranau, Beaufort, Keningau, Lahad Datu, Tawau dan Sandakan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi menafikan dakwaan siasatan itu tindakan politik terhadap Warisan.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber

0 Response to "Adik Shafie Apdal ditahan SPRM"

Posting Komentar