Bagaikan sudah tahu ajalnya bakal menjemput, Muhammad Lailatulman Mohd Sukri, salah seorang anggota TLDM yang didera dalam tahanan menelefon ibu dan ayahnya pada malam sebelum meninggal dunia.
“Tanpa sebarang sebab arwah secara tiba-tiba meminta maaf ketika dia hubungi saya malam kelmarin,” kata Che Yah Che Cob, ibu kepada Allahyarham Laskar Kelas 1 Muhammad Lailatulman Mohd Sukri.
“Pada 9.30 malam, arwah menghubungi saya dan meminta maaf tanpa sebab.
“Sebagai ibu sudah tentu saya rasakan seperti ada sesuatu, namun saya tidak bertanya kerana terlalu sedih dah sebak.
“Rupa-rupanya, itu adalah petanda terakhir arwah akan meninggalkan kami buat selamanya,” kata ibu arwah.
Manakala ayahnya, Mohd Sukri Salleh berkata,” suara Arwah kedengaran amat sedih.
“Dia memohan maaf atas kesilapannya dan meminta mereka agar menjaga anak perempuannya.
“Saya menangis kerana sebak mendengar suaranya,”
“Tidak sangka itu adalah perbualan terakhirnya bersama saya.”
Menurutnya, dia sekeluarga menerima berita kematian anaknya itu selepas dihubungi isteri arwah, selepas waktu Isyak.
Ibunya berkata, kali terakhir dia berjumpa arwah ketika anaknya itu pulang bercuti selama tiga hari Sabtu minggu lalu.
“Saya lihat arwah lebih banyak termenung dan apabila ditanya, arwah beritahu dia mempunyai masalah di tempat kerja.
“Sebelum balik arwah juga sempat hubungi adiknya di Johor untuk menjaga anaknya Aisyah Humairah berusia empat bulan,”katanya.
Allahyarham Muhammad Lailatulman meninggalkan isteri Nur Liya Asmira Yahya, 24, dan seorang anak perempuan.
Jenayahnya dikebumikan kira-kira pukul 9.30 pagi sebaik tiba di Kampung Bagus dari Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.
Bercakap kepada pemberita, Nur Liya berkata dia mahu menuntut keadilan sebelum menitiskan air matanya.
Susulan itu, tiga anggota TLDM direman selama tujuh hari mulai Ahad bagi membantu siasatan kematian dua anggota TLDM di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi dekat Sitiawan di sini, Jumaat lepas.
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Nur Shaqira Ibrahim mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.
BACA JUGA : Keluarga Mangsa Takkan Berdiam Diri!
–Hmetro,Sinar Harian
0 Response to "Bagai Sudah Tahu.. Keluarga Dedahkan Panggilan Mengejut Mangsa Bunuh TLDM Sebelum Meninggal Dunia"
Posting Komentar