Kandungan kembar adalah dalam kategori kandungan berisiko tinggi dan perlu dipantau doktor pakar sepanjang kehamilan dan kelahiran. Bagaimana untuk merancang kelahiran kandungan kembar?
Menurut Dr Sharina Mohd Razali, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Columbia Asia Bukit Rimau, bagi ibu bapa yang sedang hamil kembar dan merancang tentang bersalin perlu mengambil kira beberapa faktor penting. Biasanya doktor akan berbincang dengan pesakit akan cara kelahiran dan menyarankan kaedah kelahiran yang sesuai situasi kehamilan. Kira-kira enam daripada 10 kandungan kembar akan lahir secara pembedahan caesarean.
GALAKKAN BERSALIN NORMAL JIKA KEMBAR PERTAMA BERKEDUDUKAN NORMAL
Idealnya, kandungan kembar harus dipantau oleh pakar sakit puan dan seeloknya kelahiran di hospital yang mempunyai kemudahan seperti NICU ( Neonatal Intensive Care Unit) kerana kandungan kembar berisiko tinggi untuk bersalin awal. Sejak dulu lagi, telah menjadi praktis biasa oleh semua pakar sakit puan untuk menggalakkan kelahiran secara normal sekiranya kembar pertama berada pada kedudukan kepala di bawah.
Walaubagaimanapun, pakar pakar yang berbeza dan pakar di luar negara mungkin mempunyai pendapat berbeza tentang cara terbaik menyambut kelahiran kembar berdasarkan praktis dan kajian yang dilakukan di negara mereka.
11 SYARAT KEMBAR BOLEH DILAHIRKAN NORMAL
Kelahiran secara normal boleh dilakukan dengan syarat kandungan atau ibu tersebut adalah;
Kembar tidak lebih daripada dua dan bukan kembar bercantum/siam (conjoint twin).
Kedudukan bayi yang sesuai untuk kelahiran iaitu kembar pertama mestilah berada dalam kedudukan kepala berada di bawah. Kedudukan kepala kembar kedua juga penting kerana kebanyakan masa kedudukan mereka akan berubah selepas kelahiran kembar pertama.
Ibu tidak mempunyai komplikasi tekanan darah tinggi yang berbahaya (pre eklampsia)
Ibu tidak mempunyai penyakit kronik yang lain seperti penyakit jantung
Berat bayi melebihi 2kg
Kandungan bukan pramatang.
Tiada komplikasi growth restriction pada bayi (bayi terlalu kecil)
Tiada growth discordant (satu bayi terlalu kecil berbanding dgn kembarnya)
Kedua-dua bayi sihat ( tiada fetal compromise atau abnormal)
Tiada sejarah kelahiran caesarean atau pembedahan lain ke atas rahim sebelum ini (kerana boleh meningkatkan risiko uterine rapture).
Kedudukan uri normal dan bukan di bawah (plasenta previa).
KELAHIRAN SECARA NORMAL BERISIKO
Kelahiran normal bagi kembar memerlukan kedudukan kepala bayi pertama di bawah. Sekiranya kedua-dua kepala bayi berada di bawah, bayi kedua akan dilahirkan pada kontraksi seterusnya selepas kelahiran bayi pertama. Sekiranya bayi kedua pula melintang ( prosedur External Cephalic Version (ECV) atau Internal Podalic Version (ICV) perlu dilakukan untuk menukar posisi menjadi songsang (breec h)/ kepala dibawah (cephal ic). Bagai mana pun, ICV adalah sangat berisiko tinggi dan jarang jarang dilakukan pada masa kini.
Adalah penting untuk memastikan bayi berada dlm keadaan longitudinal/memanjang dan tidak melintang. Sekiranya bayi kekal melintang, bayi terpaksa dilahirkan melalui pembedahan caesarean. Namun, perlu diketahui kelahiran kembar secara normal haruslah dilakukan dengan kehadiran doktor pakar yg berpengalaman kerana banyak komplikasi boleh berlaku seperti cord prolapse (tali pusat terkeluar dan bayi boleh lemas) dan fetal distress (bayi lemas)
KESELAMATAN JANIN
Antara sebab utama doktor mengesyorkan ibu untuk melahirkan secara pembedahan caesarean ialah keselamatan kedua-dua bayi dan untuk mengelakkan keadaan retained second twin ( bayi kedua kekal dalam keadaan melintang) atau bayi kedua lemas kerana kesukaran memantau kedua dua bayi semasa dalam proses bersalin. Kontraksi rahim merupakan satu bentuk stress kepada bayi dan boleh mengakibatkan bayi lemas.
Kadangkala adalah sukar untuk memantau (monitor) kembar kedua kerana kedudukannya yang mungkin berada dia belakang kembar pertama, sekiranya ada kesukaran ini, sesetengah doktor pakar akan mencadangkan kelahiran secara pembedahan caesarean.
5 TIP PEMILIHAN HOSPITAL UNTUK KELAHIRAN KEMBAR
Selepas mengetahui akan risiko yang boleh berlaku dalam proses kelahiran maka, ibu bapa perlu bijak merancang lebih awal dan mempertimbangkan saranan daripada doktor. Antara perkara yang perlu dipertimbangkan dalam pemilihan hospital bersalin ialah;
Mengutamakan pemilihan hospital yang mempunyai kemudahan untuk ibu dan anak.
Mempunyai wad penjagaan neonatal yang mencukupi untuk menempatkan bayi yang kembar yang lazimnya lahir pada usia pramatang.
Bekalan darah yang mencukupi kerana kelahiran kembar mempunyai risiko tumpah darah sangat tinggi dimana rahim sukar untuk mengecut.
Jumlah pakar pediatrik yang mencukupi iaitu seorang bagi setiap bayi.
Mempunyai kemudahan teknikal yang mudah kerana kemungkinan pesakit memerlukan pembedahan caesarean secara kecemasan amat tinggi.
5 INFO MENGENAI KELAHIRAN KEMBAR
Bagi kandungan kembar tiga ke atas, mereka hanya boleh dilahirkan secara caeserean sahaja.
Biasanya bagi kandungan yang perlu dilahirkan secara caesarean, pembedahan akan dijadualkan pada minggu ke36-37 atau lebih awal bergantung pada keadaan ibu dan janin dan juga bergantung kepada jenis kembar (monochorionic atau dichorionic)
Masa untuk kelahiran kembar bergantung pada jenis kembar; seawal 32 minggu sekiranya kembar berkongsi plasenta dan berada dalam kantung amnion yg sama (monochorionic monoamniotic)
Kembar dua yang mempunyai dua plasenta berasingan dan berada dalam kantung amnion berbeza selalunya boleh bersalin normal jika keadaan ibu sihat dan tiada komplikasi lain kerana ia adalah jenis kembar yang paling kurang berisiko kerana kedua dua bayi mempunyai unit plasenta nya sendiri
Masalah ‘retained second twin’ boleh berlaku di mana bayi kedua terperangkap dalam rahim dengan keadaan songsang dan pembedahan caesarean kecemasan perlu dilakukan untuk menyelamatkan nyawa bayi.
0 Response to "Ibu Hamil Kandungan Kembar Boleh Melahirkan Secara Normal Atau Caesarean? Ketahui Syarat dan Risikonya – Kelahiran"
Posting Komentar