Ibu Tinggalkan Anak Sekejap Dalam Kereta Akibatnya Anak Tertolak Gear D, Kereta Masuk Parit.



Walaupun dah banyak kali kes kecuaian ibu bapa yang meninggalkan anak dalam kereta dilaporkan, namun masih belum ada lagi kesedaran mengenai hal ini.


Tak kisah sekejap atau lama..Jangan!! Tolong elakkan meninggalkan anak dalam kereta bersendirian jika tiada pengawasan orang dewasa. Biarpun ada beberapa kes yang berlaku sehingga anak maut dalam kereta, namun ia belum memberi kesedaran sepenuhnya kepada ibu bapa.


Alasannya alaa sekejap je pun, bukan lama tinggal anak dalam kereta. Ingat kemalangan boleh berlaku dalam satu saat je. Kalau dah nak jadi, tak lambat atau tak cepat pun.


Terbaharu seperti yang dilaporkan oleh MYNEWSHUB.CC kejadian di sebuah kawasan perumahan di Parit Buntar, Perak ini seharusnya dijadikan peringatan buat ibu bapa biarpun hanya meninggalkan anak kecil selama lima minit di dalam kenderaan.


Tragedi malang yang berlaku di hadapan Klinik Kesihatan KM Batu 1 Tanah Kebun itu tercetus apabila seorang ibu yang memandu Nissan Serena telah meletakkan kenderaannya di tepi jalan.


Dia kemudian keluar meninggalkan anak perempuan seorang diri di dalam kereta berkenaan.


Dengan enjin keretanya yang masih hidup, anaknya secara tidak sengaja tertolak masuk gear D, menyebabkan kereta tersebut terus bergerak sehingga terbabas menjunam ke dalam parit.


Mujurlah, anak kepada wanita berkenaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.


Gambar kejadian itu turut menjadi tular sehingga mengundang pelbagai reaksi netizen yang kesal dengan tindakan ibu kanak-kanak berkenaan.


“Dah banyak berlaku tetapi kita masih buat benda yang sama, nak kata apa dah banyak viral kejadian sebegini tapi masih ada lagi yang degil,” kata Rizalahmad.


“Kalau nak tinggal anak sekejap pun, pastikan gear berada di ‘P’, bukannya di ‘N’. Ini mesti kes driver letak gear di ‘N’ menyebabkan anak dia main atau tertolak gear itu ke ‘D’, lalu terbabas dalam parit,” kata Sarah.


Justeru, golongan ibu bapa dinasihatkan tidak mengambil jalan mudah dengan meninggalkan anak-anak kecil dalam kereta. Sebaliknya, bawalah anak-anak keluar bersama dan itu lebih selamat.  Mungkin kita rasa susah tapi mana lagi penting nyawa anak atau kehendak kita pada waktu itu. Semoga dapat jadi pengajaran buat kita semua.

 



Source link

0 Response to "Ibu Tinggalkan Anak Sekejap Dalam Kereta Akibatnya Anak Tertolak Gear D, Kereta Masuk Parit."

Posting Komentar