KOMITMEN dan kesibukan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkaitan hal rakyat membuatkan beliau hampir terlupa dengan kegiatan harian isterinya, pelakon Zizie Ezette.
Menerusi perkongsian di Instagram, Zizie mendedahkan sikap pelupa suaminya tentang lokasi dia berada kini walaupun dia sudah memaklumkan perkara itu berulang kali.
Perkongsian perbualan Whatsapp pasangan suami-isteri itu mengundang perhatian netizen yang menganggap ia sebagai lucu dan romantik.
Zizie yang kini sedang bercuti di Jerman bersama anak angkatnya, Nayla Nurjenna yang berusia dua tahun berkata, dia sudah memberitahu ahli parlimen itu beberapa kali tentang perkara tersebut.
Zizie Ezette bersama suaminya Bung Moktar.
“Perbualan saya dengan suami yang paling sibuk, dia bukan pelupa tapi orang politik ni banyak benda yang dia nak fikir untuk rakyat jadi banyak benda lain yang dia lupa. Jangan lupa bini sudahlah sayang @bungmoktar,” tulisnya.
Perbualan mencuit hati Zizie mendapat perhatian netizen.
Pelakon Hero Seorang Cinderella itu berkahwin dengan Bung, 58, pada Disember 2009.
Zizie kini sedang hamil anak kembar yang memasuki enam bulan.
Dalam pada itu, perkongsian berkenaan mendapat perhatian netizen yang menganggap perbualan tersebut sangat mencuit hati.
Rata-rata pengguna laman sosial meminta pelakon itu terus berkongsi mengenai kehidupan rumah tangganya dengan ahli parlimen berkenaan di media sosial.
Kata mereka, hubungan pasangan ini sangat manis dan memberi inspirasi kepada pasangan suami isteri lain.
sumber: mstar
[ LAGI BERITA ARTIS BERKAITAN..WAJIB BACA..! ]
Zizie Ezette, Bung Mokhtar bakal timang anak kembar..?
Pelakon Zizie Ezette berkongsi berita gembira dirinya hamil anak kembar melalui laman Instagram, hari ini.
Kakak kepada aktor popular, Shaheizy Sam itu memuatkan naik status berkenaan, kira-kira tiga jam lalu.
“Saya ingin mengumumkan bakal melahirkan anak sulung pada Disember ini atau Januari depan. Alhamdulillah, sekian lama menunggu, saya dikurniakan dua cahaya mata sekali gus.
“Doakan semoga kandungan ini selamat dan bayi berada dalam keadaan sihat.
“Sebenarnya kami ingin merahsiakannya sehingga memasuki trimester kedua, namun saya tidak dapat mengelak pasti sudah ramai dapat menghidu berita ini,” luahnya dalam status itu.
Berita gembira itu sudah lama dinantikan peminat selepas Zizie, 39, yang mengahwini Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin, 58, pada 2009.
Usia kandungan Zizie sekarang mencecah empat bulan.
Muat naik pelakon drama Hero Seorang Cinderella itu menerima tanda ‘like’ daripada hampir 25,000 orang diikuti lebih 1,600 komen.
Teman artis seperti Rozita Che Wan dan Daphne Iking adalah antara selebriti yang mengucapkan tahniah di ruang komen status berkenaan.
Ketika ini, Zizie memiliki anak angkat bernama Nayla Nurjenna yang berusia dua tahun enam bulan.
Rahmat daripada anak angkat kedua
Pelakon Zizie Ezette yang sedang hamil anak kembar, rupa-rupanya mengasuh seorang lagi anak angkat yang kini berusia empat bulan setengah.
Zizie yang juga kakak kepada aktor popular, Shaheizy Sam memberitahu, ketika menguruskan pengambilan bayi yang diberi nama Aaric Zayn Izette itu, dia tidak tahu dirinya berbadan dua.
“Dalam kesibukan saya berurusan dengan ibu kandung Aaric yang ketika itu sarat hamil, saya tak sedar, rupa-rupanya Allah juga mengurniakan rezeki berganda iaitu cahaya mata sendiri dalam perut ini.
“Dipendekkan cerita, saya mengenali seorang teman yang memberitahu mengenai seorang ibu yang sedang mengandung.
“Tetapi ketika itu, saya tak tahu diri ini sudah hamil. Memang ketika itu, saya mahu mengambil seorang lagi anak angkat. Apatah lagi, anak angkat pertama, Nayla Nurjenna sudah berusia dua tahun tujuh bulan dan sesuai ada adik.
“Kuasa Tuhan cukup besar dan saya amat bersyukur dengan semua yang dilalui ini,” katanya kepada BH Online.
Tambah Zizie, dia ikhlas mengambil anak angkat.
“Memang ada yang menghantar mesej melalui laman Instagram bertanyakan sebab saya mengambil anak angkat.
“Tak timbul soal saya bela angkat kerana ada yang menganggap saya mahu tunggu anak sendiri ‘melekat’ selepas itu.
“Saya ikhlas nak menjaga mereka. Saya sendiri sukakan keluarga yang besar tak kira daripada darah daging sendiri atau sebaliknya.
“Malah selepas ini, saya tak mahu guna istilah anak angkat untuk Jenna dan Aaric. Mereka sudah macam anak saya sendiri. Saya tak pernah fikir atau anggap mereka anak angkat pun,” katanya.
Sementara itu, Zizie menafikan yang dia menggunakan teknik in-vitro (IVF) untuk hamil.
“Kalau saya guna teknik itu, saya akan mengaku. Tapi kehamilan kali ini semuanya kerana kuasa Allah. Alhamdulillah,” katanya.
Mengenai kandungannya yang sudah mencapai lima bulan, Zizie mengaku pada tiga bulan pertama, dia mengalami alahan yang teruk.
“Sebelum saya dapat tahu diri ini hamil, selera makan memang bertambah. Nak itulah, inilah. Tapi apabila sudah dapat tahu hamil, selera makan berubah pula,” katanya.
Zizie, 39, mengahwini Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin, 58, pada 2009.
sumber: http://ift.tt/2yl0KJH
0 Response to "INI SEBAB MENGAPA BUNG MOKTAR BOLEH TERLUPA ISTERINYA, ZIZIE EZETTE BERADA DI JERMAN..!"
Posting Komentar