Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau yakin SPRM menjalankan tugasnya dengan telus dan tanpa campur tangan pihak luar atau dipengaruhi mana-mana parti politik.
BERA: Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyelewengan dana hampir RM180 juta yang melibatkan seorang pemimpin kanan parti pembangkang di Sabah, tidak wajar disifatkan bermotif politik.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau yakin SPRM menjalankan tugasnya dengan telus dan tanpa campur tangan pihak luar atau dipengaruhi mana-mana parti politik.
“Saya yakin SPRM dan juga polis adalah profesional dalam bidang tugas masing-masing…dalam siasatan mereka, ada juga orang Umno ditangkap malah pernah berlaku, masih (berkhidmat) dalam kerajaan pun ditahan.
“Jadi pembangkang kena berlaku adil. Jangan bila orang Umno kena (siasat), mereka kata SPRM adil dan jalankan tugas tetapi bila orang mereka sendiri yang kena, terus tuduh kata ada tindakan politik,” katanya.
Ismail Sabri berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Jelajah Pesara Pahang 2017 di Kompleks Rakan Muda Bera di sini hari ini, yang turut dihadiri bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.
Ahli Parlimen Bera itu mengulas laporan media apabila SPRM menahan 3 individu termasuk pemimpin pembangkang terbabit berhubung kes penyelewengan dana untuk projek kebajikan rakyat miskin oleh pegawai Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang bersekongkol dengan 10 syarikat.
Ismail Sabri berkata beliau tidak mengetahui syarikat yang terlibat dalam siasatan itu memandangkan kes tersebut merupakan ‘kes lama pada 2009’ sedangkan beliau mula menerajui kementerian pada 31 Julai 2015.
Beliau, bagaimanapun sekali lagi menegaskan pihaknya akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada siasatan SPRM dan mengesahkan suruhanjaya itu telah mengambil beberapa dokumen berkaitan daripada pejabat kementerian berkenaan.
“Kita juga akan beri kerjasama kalau ada pegawai yang masih berkhidmat dengan kementerian terlibat dalam siasaran. Jika didakwa, kita akan merujuk kepada peraturan sedia ada mengenai tindakan sewajarnya perlu diambil,” katanya.
The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.
0 Response to "Ismail Sabri: SPRM profesional, pembangkang kena adil"
Posting Komentar