Jangan Terus Label Anak Degil Dan Suka Memberotak, Sebenarnya Mereka Hanya Mahukan Perhatian Ibu Ayah – Hot Tip



Masalah anak degil dan suka memberontak selalu menjadi masalah utama di kalangan ibu bapa. Ramai yang merungut dan mengeluh kenapa anak mereka tak dengar kata dan suka buat perangai. Kadang-kala kita terlupa muhasabah diri yang mungkin anak bermasalah adalah berpunca dari sikap kita sendiri. Kupasan dan penerangan daripada Ustaz Wan Asrul Al-Kalantani ini mungkin dapat membantu kita memperbaiki diri untuk menjadi ibu bapa lebih prihatin pada anak-anak.


Anak yang suka memberontak dan degil perlu dilihat pada 6 keadaan utama mengapa terjadinya masalah tersebut.


1. Nak perhatian


2. Masa


3. Tugas


4. Pemakanan


5. Tarbiyyah


6. Doa


Jika ditanya kepada ibu bapa yang mempunyai masalah anak sebegini, bagaimanakah dengan perhatian kepada anak-anka? Kebanyakannya menjawab mereka seibuk bekerja, hantar anak ke nursery, kami jaga elok tapi tetap degil.


Bukan perhatian itu yang dimaksudkan, kita perlu faham perhatian yang sebenar adalah komunikasi dengan anak kecil yang otak mereka sedang ligat berkembang, perlu seiring dengan zaman seperti pesanan Sayyiduna Umar Al Khabbar r.a.


“Ajarlah anak-anakmu, bukan dalam keadaan yang serupa denganmu. Didiklah dan persiapkanlah anak-anakmu untuk suatu zaman yang bukan zamanmu. Mereka akan hidup pada suatu zaman yang bukan zamanmu.”


Faham kita akan makna zaman itu adalah waktu, sebenarnya bukan tertakluk kepada waktu tetapi kepada keadaan tumbesarannya. Secara ringkasnya, anak-anak yang sedang membesar ini,mereka amat memerlukan pandangan mata kita (ibu bapa) terutama sewaktu mereka bercerita.


Walaupun cerita mereka ala-ala kedoraemonan atau seangkatan dengannya tetapi kita perlu faham apabila anak boleh bercerita semula apa yang dilihat atau ditonton itu bermaksud keadaan minda mereka amat cerdas dengan penaakulan maklumat semasa. Maka respon dari kita memainkan peranan penting, ketepatan mata kita kepada wajah anak sewaktu mereka bercerita mengeratkan lagi ikatan kasih sayang yang sedia ada dan timbal baliknya mereka akan mendengar serta mengikut segala yang kita arahkan.


Walau sesibuk mana jua kita dalam menguruskan hal semasa, jangan diabaikan urusan kasih sayang kepada anak-anak kerana mereka akan ‘copy paste’ setiap perbuatan kita, baik secara langsung atau tidak langsung.


Pengurusan masa dengan anak-anak


Dalam membicarakan bab masa, perlu ditekankan bahawa setiap perkara memerlukan pengurusan masa, termasuklah pengurusan masa dengan anak-anak.


Pengabaian dalam menguruskan masa untuk anak-anak akan mengundang keterabaian nilai kekeluargaan.


Jika warta berita di TV dan radio ada waktu perdana atau ‘prime time’, begitu juga masa dengan anak-anak.


Ibu bapa perlu ada waktu perdana dengan anak-anak setiap hari, bukan sekali seminggu atau sekali sebulan walau sesibuk mana pun kita.


Jadikan, waktu antara jam 8 malam – 10 malam sebagai waktu perdana dengan anak-anak kerana pada waktu ini, mereka amat memerlukan ibu bapa di sisi. Bahkan jika tak mampu untuk memberi ‘prime time’ selama 2 jam, luangkan sekurang-kurangnya 1 jam dahulu, jika tak mampu 1 jam, mulakan dengan setengah jam.


Berada di sisi mereka tatkala mereka melakukan kerja rumah atau sedang asyik bermain atau sekurang-kurangnya luangkan masa itu untuk bersembang dengan mereka.


Dengan cara ini, mereka akan lebih menghormati ibu bapa malah akan sentiasa menantikan saat tersebut setiap hari kerana mereka faham yang mereka mendapat perhatian dan kasih sayang sewajarnya dari ibu bapa.


Masa yang singkat ini jika diluangkan dengan penuh manfaat, lebih berkualiti daripada masa yang panjang tetapi dibazirkan begitu sahaja.


Ini kerana waktu yang berlalu adalah salah satu bena yang tak mampu diganti dengan harta benda. Manfaatkanlah sebaiknya. Lihat dan rasai perkembangan tumbesaran anak-anak merupakan antara nikmat bergelar ibu bapa.


Sumber: Wan Asrul Al-Kalantani via bidadari.my


 


 



Source link

0 Response to "Jangan Terus Label Anak Degil Dan Suka Memberotak, Sebenarnya Mereka Hanya Mahukan Perhatian Ibu Ayah – Hot Tip"

Posting Komentar