Tidak ada kesan baik pun anak akan dapat kalau ibu ayah jenis yang mendidik anak cara tengking, marah dan pukul. Asal anak silap sikit, cepat sahaja ibu atau ayah naik tangan memukul si anak. Padahal si kecil yang baru berusia bawah 6 tahun hanya buat silap sikit sahaja.
Tahukah anda, kesan negatif yang anak akan dapat dari tindakan kasar dan kurang kasih sayang ibu ayah semasa membesarkan mereka boleh memberi kesan buruk pada kesihatan si anak termasuk berisiko mendapat penyakit kardiovaskular atau jantung bila besar nanti.
Penyakit kardiovaskular adalah penyakit gangguan pada jantung dan pembuluh darah manusia. Ada banyak jenis penyakit kardiovaskular tetapi yang paling popular ialah penyakit jantung dan strok.
Satu kajian akademik terbaru yang turut dikatakan sebagai kajian pertama yang melakukan pemerhatian kesan dari perlakuan kasar ibu bapa pada anak dan kurangnya kasih sayang ini dilakukan oleh para penyelidik di University of California (UCLA) Los Angeles.
APAKAH YANG PENYELIDIK TEMUI?
1. Mereka membuktikan bahawa mendidik anak dengan cara kasar menyebabkan masalah pada kardiovaskular atau jantung.
2. Pasukan penyelidik yang melakukan kajian tersebut dibantu oleh kira-kira 756 orang peserta dewasa yang mengambil bahagian dalam kajian akademik yang disebut CARDIA atau Coronary Artery Risk Development in Young Adult. Ia mengukur 18 tanda-tanda risiko bagi kesihatan biologi, termasuk tekanan darah tinggi, masalah degup jantung, masalah hormon stres, termasuk kolesterol, peradangan dan juga regulasi gula darah.
3. Kemudian para penyelidik menganalisa berbagai risiko untuk penyakit yang bersifat biologi dengan melihat dari data skala laporan diri atau yang dinamakan Risky Families Questionnaire. Hasilnya membuktikan ada satu hubungan yang sangat signifikan antara data perlakuan kasar ibu bapa di masa kanak-kanak dengan adanya risiko kesihatan yang sangat buruk termasuk risiko terkena penyakit jantung ketika anak sudah dewasa di antara para peserta.
4. Judith E.Carroll, PhD, seorang penyelidik dari Cousins Center for Psychoneuroimmunology – UCLA yang juga penulis utama kajian akademik ini menyatakan bahawa hasil kajian dia dan pasukannya menunjukkan bahawa mungkin ada satu cara untuk mengurangkan kesan dari perlakuan kasar, setidaknya dari sisi kesihatan fizikal si anak.
Menurutnya lagi, jika seorang anak mendapat cukup cinta dan kasih sayang dari ibu bapa, mereka mungkin merasa lebih dilindungi dari kesan negatif perlakuan kasar ibu bapa yang berisiko terhadap masalah kesihatan bila dewasa nanti, dibandingkan dengan mereka yang tidak mendapat kasih sayang secukupnya dari ibu bapa.
5. Teresa E. Seeman, PhD, seorang profesor bidang epidomologi di Fielding School of Public Health – UCLA yang juga salah seorang penyelidik dalam kajian tersebut mengatakan bahawa kajian yang dilakukannya dapat melihat sejauh mana pengalaman negatif si kecil pada usia awal yang mempunyai hubungan dengan risiko kesihatan biologinya menjadi terus meningkat di hampir semua sistem regulasi pada tubuh ketika dia dewasa, seperti dipetik dalam Daily Mail.
6. Kajian tersebut yang sudah diterbitkan di media online oleh Proceedings of the National Academy of Sciences dapat membuat kesimpulan bahawa betapa luar biasa pentingnya sikap ibu bapa dalam mendidik dan membesarkan anak. Kelakuan ibu bapa sepanjang membesar dan mendidik anak ternyata boleh mempengaruhi kesihatan biologi anak ketika dia dewasa. Jika perlakuannya baik, maka kesihatan anaknya juga akan lebih terpelihara sebaliknya mendidik anak dengan cara kasar boleh menyebabkan masalah kardiovaskular yang sangat bahaya.
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh para penyelidik tersebut terbukti bahawa cara mendidik anak dengan kasar seperti kerap menengking, mencaci, memukul bukan sahaja memberi kesan pada emosi anak tetapi juga tahap kesihatannya bila dewasa nanti.
Para pakar psikologi anak seringkali menekankan bahawa anak-anak yang sering dipukul dan dimarah tak kira mereka buat salah atau tidak akan menjadi individu yang pemarah, pasif, kurang keyakinan diri, mempunyai perlakuan negatif, bermasalah dan mungkin meniru kembali cara ibu bapanya pada orang lain.
Sememangnya cara terbaik mendidik anak itu mesti dilakukan dengan penuh perasaan cinta dan kasih sayang bukan tengkingan, makian dan kekerasan.
Sumber: tipsanakbayi.com
0 Response to "Kajian Buktikan Kesan Buruk Pada Kesihatan Anak Kalau Ibu Ayah Suka Tengking, Marah Dan Pukulnya – Hot Tip"
Posting Komentar