Peguam itu berkata perubahan itu menyentuh kuasa peguam negara.
KUALA LUMPUR: Peguam Syahredzan Johan mencadangkan 3 perubahan pada kuasa peguam negara, yang katanya penting untuk menangani perspesi pendakwaan politik.
“Sama ada wujud pendakwaan politik itu masih boleh didebatkan, tetapi kita semua boleh bersetuju sekurang-kurangnya ada persepsi pendakwaan politik. Itu juga satu masalah,” katanya pada forum “Political Prosecution Continues”.
Forum itu dianjurkan sebagai tanda solidariti dengan Naib Presiden PKR Tian Chua, yang baru-baru ini ditahan kerana enggan mematuhi arahan polis supaya meninggalkan kawasan larangan susulan tunjuk perasaan Bersih 3 pada 2012.
Perubahan pertama yang Syahredzan cadangkan ialah budi bicara penuh peguam negara dalam soal mendakwa seseorang disemak oleh mahkamah.
“Sekarang ini, di bawah Perlembagaan Persekutuan, peguam negara mempunyai budi bicara mutlak dan ini boleh membawa kepada percanggahan kepentingan kerana beliau juga penasihat undang-undang kerajaan,” katanya.
Cadangan itu membawa kepada perubahan kedua, iaitu memisahkan peranan pendakwa raya dan penasihat undang-undang kerajaan.
“Ada percanggahan kepentingan yang jelas apabila kamu letak kedua-dua tanggungjawab itu pada bahu seseorang.
“In kerana kamu tidak bekerja untuk kepentingan kerajaan dan dalam masa yang sama mempunyai kuasa pendakwa raya.”
“Sepatutnya 2 orang yang berbeza,” katanya.
Cadangan ketiga ialah menjamin keselamatan jawatan peguam negara.
“Tanpa jaminan itu, ada risiko beliau akan melakukan apa yang boleh untuk memastikan kedudukannya selamat, termasuk menyenangkan hati ‘ketua’.”
Syahredzan berkata perubahan yang dicadangkan itu bukan sesuatu yang baharu tetapi penting untuk dibincangkan memandangkan kes tangkapan Ahli Parlimen Batu Tian Chua.
Dalam satu langkah yang mengejutkan pada 29 September lepas, Tian menarik balik rayuan terhadap pensabitan dan hukuman penjara 1 bulan.
Beliau dalam kenyataan kepada mahkamah berkata beliau ditahan bersama 500 orang lain semasa tunjuk perasaan Bersih pada 28 April 2012 dan dihantar ke Pusat Latihan Polis (Pulapol).
“Saya tidak didakwa dengan tuduhan mengambil bahagian dalam perhimpunan haram tetapi berkaitan dengan keberadaan saya di Pulapol,” katanya, dan menambah beliau ditahan di akademi latihan polis pada hari itu.
The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.
0 Response to "Persepsi pendakwaan politik: Syahredzan cadang 3 perubahan"
Posting Komentar