Setiausaha DAP Sabah, Chan Foong Hin melahirkan kebimbangan Pesta Kaamatan juga akan diharamkan pada 1 hari kelak mengambil kira ekstremisme agama yang dijadikan asas pembatalan pesta bir di Kuala Lumpur.
KOTA KINABALU: Setiausaha DAP Sabah, Chan Foong Hin melahirkan kebimbangan Pesta Kaamatan yang disambut oleh rakyat Sabah akan diharamkan pada 1 hari kelak mengambil kira ekstremisme agama yang dijadikan asas pembatalan pesta bir di Kuala Lumpur.
Berikutan pengharaman itu, polemik kini memfokus Oktoberfest, yang dirancang untuk diadakan di Selangor.
“Adakah Pesta Kaamatan juga akan diharamkan pada 1 hari nanti?” kata beliau menerusi kenyataan dikeluarkan hari ini.
“Pada kadar radikalisasi agama yang berlaku, perayaan budaya seperti Pesta Kaamatan di Sabah, di mana penggunaan arak daripada beras adalah sebahagian daripada program, mungkin diharamkan kelak.
“Sememangnya adalah tidak masuk akal pelampau agama sekarang memberitahu orang bukan Islam apa yang mereka boleh dan tidak boleh lakukan, terutamanya dari segi minuman beralkohol.”
Foong Hin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Tanjung berkata, melarang perayaan kebudayaan di negara ini seperti Pesta Kaamatan yang disambut oleh masyarakat Kadazandusun Murut di Sabah, akan melanggar semangat yang terkandung dalam Batu Sumpah.
Di Batu Sumpah, beliau berkata rakyat Sabah, semasa pembentukan Malaysia, bersetuju untuk menjadi sebahagian daripada negara baharu, dengan salah 1 syaratnya ialah kerajaan persekutuan harus menghormati tradisi dan budaya pribumi.
“Ini mengenai penghormatan dan persefahaman bersama antara kumpulan agama yang berbeza dalam persekutuan ini,” kata beliau.
Sebaliknya, Foong Hin berkata sedih kerana walaupun ada aspirasi menjadikan Malaysia menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020, pemikiran kerajaan telah benar-benar bertentangan.
“Apakah logik Jabatan Imigresen mengharamkan pelancong asing yang datang ke Malaysia untuk (menyartai) Oktoberfest?”
Foong Hin berkata Oktoberfest adalah sambutan bir tradisional Jerman dan ia bukan mengenai kebebasan seksual atau kebogelan di khalayak awam.
Perayaan itu, menurutnya, telah dikomersialkan dan merupakan gimik bagi syarikat bir untuk meningkatkan penjualan bir mereka.
“Ia tidak menyasarkan umat Islam,” kata beliau sambil menambah, rakyat Malaysia bukan Islam ada hak untuk mengambil bahagian dalam perayaan Oktoberfest atau sebaliknya.
Beliau berkata komuniti bukan Islam di negara ini marah kerana ia seolah-olah pihak berkuasa cuba untuk menafikan hak mereka.
“Sama ada kita minum alkohol atau tidak sepenuhnya terpulang kepada kita.”
Sebagai sebahagian daripada rakyat berbilang kaum di negara ini, Foong Hin berkata bukan Islam menghormati hak dan kepercayaan umat Islam.
“Ini sepatutnya menjadi perkara 2 hala. Saya tidak mengatakan mereka harus menghormati pemabuk tetapi sekurang-kurangnya menghormati hak orang bukan Islam, tidak kira apa pilihan mereka mengenai isu ini.”
Jika tidak, isu ini akan menjadi 1 lagi “mata hitam” atau episod memalukan untuk Malaysia, kata beliau lagi.
Kerajaan dilaporkan mengharamkan perayaan bir atas alasan keselamatan kerana takut ia akan menjadi sasaran militan.
PAS dilaporkan kini berusaha untuk memfokuskan Oktoberfest, yang dikatakan dirancang untuk diadakan di pusat beli-belah One Utama di sini.
Kerajaan Sarawak, bagaimanapun mengumumkan ia terbuka kepada program Oktoberfest kerana akan menarik pelancong.
The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.
0 Response to "Pesta Kaamatan juga mungkin diharam, soal DAP Sabah"
Posting Komentar