RCI forex serah laporan kepada Agong esok


Suruhanjaya Siasatan Diraja akan menyerahkan penemuan siasatan kes kerugian akibat urus niaga mata wang asing pada 1990-an.

sidek-hassan-bnm-1

PETALING JAYA: Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang menyiasat kes kerugian oleh Bank Negara akibat urus niaga mata wang asing pada 1990-an dijangka menyerahkan penemuan siasatan mereka kepada Yang di-Pertuan Agong esok.

Pengerusi RCI Tan Sri Mohd Sidek Hassan akan menyerahkan laporan itu pada 5.00 petang di Istana Negara, kata Setiausaha RCI Yusof Ismail dalam kenyataan.

Sama ada penemuan RCI dibuka kepada orang awam akan diputuskan jemaah menteri, kata pengerusi dalam RCI yang berbeza sebelum ini.

RCI bersidang selama 9 hari bermula 21 Ogos hingga 19 September.

Skandal forex tersebut berlaku pada 1990-an semasa Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri.

Seramai 25 saksi memberi keterangan kepada RCI, termasuk bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang merupakan menteri kewangan dalam pentadbiran Dr Mahathir.

RCI ditugaskan untuk menyiasat kerugian sejumlah AS$10 bilion (kira-kira RM30 bilion mengikut kadar tukaran ketika itu) yang dialami Bank Negara antara 1991 dan 1993.

Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments



Sumber

0 Response to "RCI forex serah laporan kepada Agong esok"

Posting Komentar