5 Fakta Menarik Mengenai Bayi Perempuan Yang Tak Ramai Tahu. Nombor 1, 2 & 3 Mengejutkan! – BAYI



1. Haid


Bayi boleh datang haid! Itu adalah fakta. Hal ini berlaku disebabkan oleh pendedahan terhadap hormon estrogen ketika bayi  dalam kandungan. Sekiranya anda perasan ada tompokan darah pada lampin yang dipakai bayi pada minggu-minggu pertama kelahirannya, jangan risau. Walau bagaimanapun, jika anda tidak pasti tentangnya, berjumpalah doktor untuk pemeriksaan segera.


2. Payudara


Payudara kecil yang timbul pada bayi juga disebabkan oleh hormon estrogen berlebihan di dalam tubuhnya. Jangan panik kerana kewujudannya tidak akan menjejaskan proses tumbesaran bayi.


3. Keluarkan susu


Sama seperti fakta tentang haid dan payudara, bayi juga boleh mengeluarkan susu disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon. Bukan bayi perempuan sahaja boleh mengalaminya. Bayi lelaki pun ada segelintirnya boleh mengalami perkara yang sama.


4. Berat lebih ringan


Lazimnya, berat badan bayi perempuan adalah lebih ringan ketika dilahirkan. Mengikut purata, bayi lelaki lahir dengan berat 3.4kg manakala bayi perempuan pula 3.2kg.


5. Lahir lambat


Menurut kajian, bayi perempuan kerap kali lahir lambat darpada tarikh jangkaan berbanding berbanding dengan bayi lelaki.



Source link

0 Response to "5 Fakta Menarik Mengenai Bayi Perempuan Yang Tak Ramai Tahu. Nombor 1, 2 & 3 Mengejutkan! – BAYI"

Posting Komentar