Tingkahlaku bermasalah yang ditunjukkan oleh kanak-kanak sebenarnya dipelajari daripada orang dewasa dan persekitaran. Sekiranya tingkahlaku bermasalah tidak dicegah pada peringkat awal, tingkahlaku tersebut akan menjadi habit kepada kanak-kanak. Ia termasuk menangis semasa ditinggalkan di tadika.
Berikut terdapat 8 tip oleh Konsultan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Dr Mahani Razali yang anda boleh lakukan jika anak mempunyai masalah separation anxiety atau bimbang di tinggalkan di taska atau di tadika
1.Beri keyakinan pada anak. Ini boleh dilakukan dengan cara memberi kasih sayang kepada anak iaitu secara sentuhan atau melalui kata-kata. Keadaan ini akan menyebabkan anak berasa selamat apabila berada bersama-sama dengan pendidik atau penjaga yang baru.
2.Beri latihan “perpisahan” kepada anak. Contohnya pendidik atau ibu bapa boleh cuba meninggalkan anak sendirian untuk beberapa saat atau minit dan kemudian datang semula kepadanya. Keadaan ini akan membantu kanak-kanak tersebut belajar erti perpisahan.
3.Jangan menghukum anak tersebut. Jangan sesekali menghukum atau mengejek anak yang mengalami masalah separation anxiety. Elakkan juga daripada melabel anak tersebut dengan panggilan seperti “manja”, “anak emak” “bayi” dan sebagainya.
4.Berikan “transitional objects” pada anak tersebut. Transitional objects bermaksud memberi kanak-kanak tersebut sesuatu benda yang disukainya apabila dipisahkan dengan ibubapanya. Contohnya, memberi “teady bear” atau anak patung atau apa saja barangan yang boleh membuatkan anak tersebut merasa selesa apabila berpisah dengan ibu bapanya.
5.Menggalakkan anak tersebut melakukan sendiri kerja-kerja untuk dirinya sendiri. Pendidik atau ibubapa disarankan agar mengajar anak supaya bertangunggjawab dan berdikari pada peringkat awal usia mereka lagi. Ini kerana anak yang berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada ibubapa akan kurang mengalami masalah separation anxiety.
6.Beritahu kepada anak tersebut bahawa dirinya akan ditinggalkan oleh ibu bapanya. Jangan sesekali menipu anak tersebut.
7.Gunakan perkataan tertentu semasa anak akan ditinggalkan oleh ibu bapa. Contohnya “assalamualaikum” atau “bye-bye”. Gunakan perkataan yang sama setiap kali anak akan ditinggalkan oleh ibu bapanya.
8.Mengajar kemahiran relaksasi. Kemahiran relaksasi akan dapat mengurangkan perasaan tertekan kerana takut. Terdapat pelbagai teknik relaksasi yang boleh digunakan untuk diajarkan kepada anak. Antaranya ialah melatih anak untuk menggunakan imaginasinya supaya berfikir secara positif. Contohnya, membayangkan situasi bermain ditepi pantai atau di kolam renang dan sebagainya.
Selamat mencuba!
0 Response to "Anak Menangis Ke Tadika! Ibu Ayah Ini 8 Tip Pakar Untuk Siap Sedia Bila Anak Ke tadika Tahun Depan – Perkembangan"
Posting Komentar