Makan di luar bersama anak-anak tentu menuntut kesabaran. Maklumlah anak-anak perangainya diluar jangkaan kita. Tidak kiralah makan di restoran atau kedai tepi jalan, anak-anak perlu didedahkan dengan protokal semasa makan. Sebenarnya mengajar anak tentang adab sopan dan tertib di meja makan menggalakan perkembangan kemahiran sosial anak dan keyakinan diri. Didik anak-anak dengan cuba tip ini yang membantu anda tidak stress jika makan di luar. Tetapi bagaimana anda mengajar anak sopan dan tertib di meja makan?
Berikut 9 peraturan ibu ayah mesti buat supaya anak tidak buat hal makan di kedai makan atau restoran.
1.Pastikan ada menu kanak-kanak
Pastikan restoran menyediakan menu untuk anak ‘Kid Menu’. Biasanya restoran ini menyediakan menu yang sihat dan tidak pedas untuk kanak-kanak. Anak-anak selalunya suka yang goreng seperti fish and chip,fish fingers atau bubur nasi.
2.Ruang bermain
Ada restoran menyediakan ruang bermain untuk ana-anak. Jika makanan yang dipesan masih belum sampai, anak-anak boleh bermain. Memang membantu mengelak anak mengamuk.
3.No gajet!
Jika di rumah memang diharamkan main gajet di meja makan, begitu juga semasa di restoran. Katakan kepada anak-anak masa makan kena fokus kepada makanan. Cara ini secara tidak langsung mengajar anak tentang displin.
4.Bawa diaper bag
Biasanya anak-anak kejadian air tumpah memang perkara biasa atau anak kecil buang air besar. Jadi jangan lupa bawa diaper bag yang mengandungi lampin pakai buang, tisu basah dan pakaian tambahan. Juga bawa ‘bib’ atau pelapik makanan untuk mengelak makanan terkena pakaian anak.
5.Makan awal
Jika anda bercadang mahu makan di luar, pastikan waktu yang dipilih bukan masa anak tidur atau lapar. Ia untuk mengelak anak mengamuk kerana mengantuk atau lapar. Jadi digalakkan keluar makan awal. Tetapi bila makan di luar melepasi waktu si kecil biasanya tidur, lebih baik bawa stroller bagi memudahkan anda menguruskan anak.
6.Bawa bekalan permainan anak
Bawa beberapa permainan, buku, pencil warna dan apa sahaja yang membuatkan anak dapat duduk diam dan tidak membuat bising (no gajet! ) semasa menunggu makan dihidangkan atau semasa anda sedang menjamu selera.
7.Terangkan sikap yang baik
Alasan, ‘biarlah budak-budak kan..” tidak boleh digunapakai. Anak-anak perlu diajar tertib semasa makan di luar. Sebelum anda dan anak-anak keluar rumah, beritahu kepada anak tentang sikap yang baik semasa di restoran seperti duduk diam, tidak berlari-lari, tidak berbuat bising, makan dengan baik dan terangkan berapa lama akan berada di restoran. Jika anda tidak memberitahu kepada anak-anak bagaimana sikap yang baik di meja makan, mereka tidak akan belajar dan anda memerlukan masa yang lebih untuk beri tumpuan kepada mereka semasa makan.
8.Fikirkan tempat duduk
Pilih ruang makan di bahagian sudut berbanding di tengah restoran. Gelagat anak-anak anda tidak akan menjadi tumpuan pengunjung lain. Ini juga akan membantu mengelakkan sebarang bunyi atau gangguan kanak-kanak lain daripada menjadi terlalu ketara kebisingannya.
9.Pilihan meja makan
Hati-hati terhadap benda-benda berbahaya yang mungkin diraih si kecil dari meja, seperti pisau, garfu, pinggan atau gelas yang mudah pecah. Jika anda bimbang ada yang jatuh atau pecah, boleh bawa gelas atau pinggan bayi daripada rumah.
0 Response to "9 Peraturan Ibu Ayah Mesti Buat Supaya Anak Tidak Buat Hal Makan Di luar – Mama"
Posting Komentar